Permainan bola jaring merupakan sukan
yang dimainkan di kalangan wanita.
Perkembangan dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel. Permainan bola jaring yang seakan-akan menyamai bola keranjang, mula dipopularkan oleh orang Amerika. Sejak tahun 1897, permainan tersebut mengalami banyak perubahan. Perubahan-perubahan ini dilakukan untuk menyesuaikan peraturan permainan serta peralatan yang digunakan oleh para pemain, yang rata-ratanya adalah kaum wanita.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi
tentang peraturan permainan bola jaring telah diterbitkan di England. Peraturan
ini dibuat bagi membezakan permainan ini dengan bola keranjang. Skor atau mata
dikira setiap kali jaringan dibuat. Gol ditukar kepada jaring dan saiz bola
dikecilkan sebesar bola sepak. Permainan ini kemudian dipopularkan oleh
negara-negara Tanah Jajahan British.
Pertandingan bola jaring di peringkat
antarabangsa pertama kali diadakan pada tahun 1949. Pada tahun 1960, Persatuan
Bola jaring Antarabangsa telah ditubuhkan. Serentak dengan itu, undang-undang
dan peraturan yang berkaitan dengan permainan bola jaring dibuat dengan lebih
terperinci. Pada peringkat awal, permainan bola jaring diperkenalkan di
Malaysia oleh guru-guru Inggeris kepada anak-anak tempatan.
Pada asalnya,
bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-mubaligh Kristian
dari England kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris di negeri-negeri
Selat pada zaman pemerintahan British. Pada lewat 1960an, Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di bawah kepimpinan Pengerusi
Teknik Puan Teh Gin Sooi, bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari
1970an hingga lewat 1980an, bola jaring di Malaysia telah dimainkan di kalangan
pelajar wanita di sekolah, kolej, universiti serta jabatan kerajaan dan kelab.
facebook,com
ReplyDelete"Want to know the latest developments in the world of football? We bring you exclusive news, match results and the latest player transfers right on your screen!" let's visit our website here https://shotsgoal.com/euro2024/
ReplyDelete